Kisah Aku ( Part 1 )


Dalam masa satu tahun, segala perancangan masa depan yang tersusun rapi sejak tadika terpaksa diolah kembali bagi mengikut peredaran masa yang begitu pantas. Dalam masa satu tahun, aku mengharungi apa yang dikata sebagai proses pendewasaan diri. Tatkala, ibu bapa jauh di rumah mengharapkan kejayaan demi kejayaan anak tersayang. Namun dalam masa satu tahunlah aku hancurkan segala harapan.

Hari demi hari, bulan silih berganti. Kumis yang selalunya dicukur rapi,dibiar panjang serabai. Rambut yang dahulunya disisir rapi belah tepi hitam likat ibarat jalan tar (bak kata Arip Sobani) kini dibiar panjang ditiup angin bak iklan shampu. Dalam tempoh itu aku berfikir. Apa salah aku? Apa dosa aku? Apa yang aku lakukan sehinggakan tuhan tak makbulkan doa aku? Adakah kerana aku lalai dalam melaksanakan perintahnya? Ataupun memang atitud ak yang perlu diubah kerana aku masih jumud?Hari sudah berlalu. Bak kata orang “cuti sudah habis bro”. Penat aku memikirkan masa depan yang kian malap.

Tanggal 24/8. Hari penentu masa depan aku tiba.. Hari dimana aku harus tabah dan redha dengan segala ketentuanNya.  

I see you driving 'round town
With the girl I love and I'm like,
Fffuufufufuuu! (Facebook You by Cee Lo Green)

Nada dering telefonku berbunyi tepat jam 8.29 pagi. Saat dimana aku masih merembeskan sisa-sisa air liur basi  diatas bantalku.Rasa malas untuk bangun masih menebal dalam jiwa.Kepenatan qiamullail ( layan facebook) malam tadi masih terasa. Aku gagahkan kaki aku melangkah mencapai handphoneku.

“RM0.00: Universiti Teknologi PETRONAS admission result is now available for viewing. Kindly visit www.utp.edu.my to check on your status”

Hoyeah.Mata yang masih stim terbeliak luas. Laptop yang masih belum dishutdown aku capai. Jari jemariku pantas menaip alamat laman sesawang yang diberikan ibarat menyiapkan lab report chemistery yang perlu dihantar sebentar lagi. Jantung berdegup kencang ibarat kali pertama menonton pornografi. Internet bergerak perlahan. Mozilla Firefox yang sepatutnya pantas ibarat Internet Explorer memberi unsur-unsur saspen yang melampau.




 Alhamdulillah.Orgasme memuncak pada saat itu. Masa depan yang kabur kelihatan jelas. Resahku kian hilang. Akhirnya aku dapat menyambut Aidilfitri dengan tenang tahun ini. Bolehlah aku poyo apabila saudara terdekat bertanya “Jadi ke ambil Kursus Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)Sains Pengurusan Sumber Haiwan?” dengan jawapan “Aku budak engineering lah sekarang”. Semuanya aku persetankan. Dalam keseronokan memikirkan masa depan,aku berfikir sejenak. “ Trolling jenis apakah ini Ya Allah? Aku rosakkan keputusan foundation dengan Matematik, kau berikan pula aku kursus kejuruteraan.” 
 Manusia.Memang susah nak bersyukur.

to be continue...
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya." (Surah Al-Baqarah : 216)

Share this post:

Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

4 comments:

skeith says :

tahniah la syal!!! bleyh kita bercanda selalu~~

ramones says :

tahniah naqi!!!

Arip Sobani says :

knapakah Kata2ku di highlightkan dlm Kisahmu???...hahaha

 
Copyright 2010 C4 Brotherhood