benih padi dimakan kedidi,
setelah kenyang maka terbanglah ia;
sungguh tebal rindu dihati,
diharap semua sihat hendaknya.

mari menampi di tepi kali,
hati-hati ditimpa timba;
Tuhan menguji tak akan berhenti,
sebagai hamba harus redha.


anak Ali dikejar babi
jatuh tersungkur tersepak alang;
bila masa akan ketemu lagi
namun jarak jadi penghalang.


mengail si teruna di tepi paya,
dicucuk duri bisa semilang;
harapanku agar semua berjaya,
membina masa depan yang gemilang.


kalau ada sumur diladang,
boleh hamba menumpang mandi, 
kalau ada umur yang panjang,
boleh kita berjumpa lagi !


sorry pantun hamba kurang sedap
lupa nak tambah bahan perasa,
tapi ini sahaja yang hamba mampu cerap,
terima saja seadanya.

kbai :P


 
Copyright 2010 C4 Brotherhood