I see you driving 'round town
With the girl I love and I'm like,
Fffuufufufuuu! (Facebook You by Cee Lo Green)
“RM0.00: Universiti Teknologi PETRONAS admission result is now available for viewing. Kindly visit www.utp.edu.my to check on your status”
Memandangkan blog ni dah menjadi blog sampah. Aku mencadangkan agar blog ni dibekukan. Bukan ada orang nak baca pun. Aku punyalah semangat kononnya boleh berkongsi apa yang difikirkan masing-masing..
Tulis panjang-panjang pun tak guna. Takde sape kisah. Kalau aku jadikan blog ni tempat download porno 3gp barulah ada yang kisah. Biasalah manusia. Sukakan kontroversi.
Apa-apa pun bersempena Aildilfitri ni aku nak memohon maaf kerana banyak mengutuk,memaki,mengeji,menghina,mencerca,mencarut,mengejek,merapu meraban.
Siallah.aku rasa takde siapa pun yang baca kalau aku tulis panjang-panjang.
Trimas
Sedang syok bermain bola keranjang, tiba-tiba aku disapa oleh beberapa pemuda berbangsa cina:
"你是漂亮的篮球好".
TERIMA KASIH GARNIER
ni first time aq tulis kat blog... mcmne nak main bnda ni????..... aq skang keje kat pam minyak .... tu je la .....
Assalamualaikum
Memandangkan ini kali pertama aku menulis blog, secara seriusnya aku boleh katakan mendesign blog tak semudah mendesign Friendster ataupun Myspace.Yalah, berjuta kali aku mengedit html,css,xml semua tu. Satu pun tak jadi. Jadi, sebagai seorang hamba Allah yang merendah diri,aku memohon maaf atas dasar keterlewatan aku menyiapkan blog ini walaupun tak berapa siap.Tengoklah, bila aku dah menamatkan karier aku sebagai guru cemerlang pemangkin transformasi negara,aku cantikkan lagi blog ni supaya seronok dibaca.
Sebelum aku habiskan kata-kata aku yang ala-ala seorang yang memperjuangkan ketamadunan Bahasa Melayu ini,aku nak listkan beberapa peraturan blog.Maklumlah yang menulis bukan seorang tapi segerombolan.
1. Jangan delete post orang. Sesungguhnya itu merupakan perbuatan paling keji selepas mengorat awek orang.
2. Jangan menyentuh sensitiviti orang lain kerana perbuatan ini sama kejinya seperti menyentuh organ sensitif orang lain.
3. Jangan sekadar membaca sahaja,sumbangkanlah sedikit sebanyak cerita,pandangan mahupun ilmu. Kan sharing is caring. Yang penting original. Jangan copy paste dari blog orang lain. Itu plagiarisme bak kata poster kat depan dewan exam yang sejuk nak terkencing tu.
4. Kalau nak ubah design blog ni boleh. Dengan syarat mesti lagi lawa dari yang aku buat.
5. Bahasa rasmi ialah Bahasa Melayu (Pelbagai dialek), English, Bahasa Syurga, dan Bahasa Korea (Untuk Zazmizie sahaja). Bahasa rempit,bahasa eww, bahasa gedik amat dilaknat serta lebih keji dari bunyi oink oink babi comel kaler pink.
6. Aku tak tau nak tulis apa lagi. Saje nak bagi nampak banyak.
Tu jelah kot. Sekian.
Please jangan maki aku.Aku dah tunaikan janji. Video LWYV bakal menyusul.

