Dalam masa satu tahun, segala perancangan masa depan yang
tersusun rapi sejak tadika terpaksa diolah kembali bagi mengikut peredaran masa
yang begitu pantas. Dalam masa satu tahun, aku mengharungi apa yang dikata
sebagai proses pendewasaan diri. Tatkala, ibu bapa jauh di rumah mengharapkan
kejayaan demi kejayaan anak tersayang. Namun dalam masa satu tahunlah aku
hancurkan segala harapan.
Hari demi hari, bulan silih berganti. Kumis yang selalunya
dicukur rapi,dibiar panjang serabai. Rambut yang dahulunya disisir rapi belah
tepi hitam likat ibarat jalan tar (bak kata Arip Sobani) kini dibiar panjang
ditiup angin bak iklan shampu. Dalam tempoh itu aku berfikir. Apa salah aku?
Apa dosa aku? Apa yang aku lakukan sehinggakan tuhan tak makbulkan doa aku?
Adakah kerana aku lalai dalam melaksanakan perintahnya? Ataupun memang atitud
ak yang perlu diubah kerana aku masih jumud?Hari sudah berlalu. Bak kata orang “cuti
sudah habis bro”. Penat aku memikirkan masa depan yang kian malap.
Tanggal 24/8. Hari penentu masa depan aku tiba.. Hari dimana
aku harus tabah dan redha dengan segala ketentuanNya.
I see you driving 'round town
With the girl I love and I'm like,
Fffuufufufuuu! (Facebook You by Cee Lo Green)
Nada dering telefonku berbunyi tepat jam 8.29 pagi. Saat
dimana aku masih merembeskan sisa-sisa air liur basi diatas bantalku.Rasa malas untuk bangun masih
menebal dalam jiwa.Kepenatan qiamullail ( layan facebook) malam tadi masih
terasa. Aku gagahkan kaki aku melangkah mencapai handphoneku.
“RM0.00: Universiti Teknologi PETRONAS admission result is now available for viewing. Kindly visit www.utp.edu.my to check on your status”
Hoyeah.Mata yang masih stim terbeliak luas. Laptop yang
masih belum dishutdown aku capai. Jari jemariku pantas menaip alamat laman
sesawang yang diberikan ibarat menyiapkan lab report chemistery yang perlu
dihantar sebentar lagi. Jantung berdegup kencang ibarat kali pertama menonton
pornografi. Internet bergerak perlahan. Mozilla Firefox yang sepatutnya pantas
ibarat Internet Explorer memberi unsur-unsur saspen yang melampau.
Alhamdulillah.Orgasme
memuncak pada saat itu. Masa depan yang kabur kelihatan jelas. Resahku kian
hilang. Akhirnya aku dapat menyambut Aidilfitri dengan tenang tahun ini. Bolehlah
aku poyo apabila saudara terdekat bertanya “Jadi ke ambil Kursus Ijazah Sarjana
Muda (Kepujian)Sains Pengurusan Sumber Haiwan?” dengan jawapan “Aku budak
engineering lah sekarang”. Semuanya aku persetankan. Dalam keseronokan
memikirkan masa depan,aku berfikir sejenak. “ Trolling jenis apakah ini Ya
Allah? Aku rosakkan keputusan foundation dengan Matematik, kau berikan pula aku
kursus kejuruteraan.”
Manusia.Memang susah nak bersyukur.
to be continue...
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi
kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya
Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya." (Surah Al-Baqarah : 216)
Subscribe to:
Posts (Atom)
