Assalamualaikum
Memandangkan ini kali pertama aku menulis blog, secara seriusnya aku boleh katakan mendesign blog tak semudah mendesign Friendster ataupun Myspace.Yalah, berjuta kali aku mengedit html,css,xml semua tu. Satu pun tak jadi. Jadi, sebagai seorang hamba Allah yang merendah diri,aku memohon maaf atas dasar keterlewatan aku menyiapkan blog ini walaupun tak berapa siap.Tengoklah, bila aku dah menamatkan karier aku sebagai guru cemerlang pemangkin transformasi negara,aku cantikkan lagi blog ni supaya seronok dibaca.
Sebelum aku habiskan kata-kata aku yang ala-ala seorang yang memperjuangkan ketamadunan Bahasa Melayu ini,aku nak listkan beberapa peraturan blog.Maklumlah yang menulis bukan seorang tapi segerombolan.
1. Jangan delete post orang. Sesungguhnya itu merupakan perbuatan paling keji selepas mengorat awek orang.
2. Jangan menyentuh sensitiviti orang lain kerana perbuatan ini sama kejinya seperti menyentuh organ sensitif orang lain.
3. Jangan sekadar membaca sahaja,sumbangkanlah sedikit sebanyak cerita,pandangan mahupun ilmu. Kan sharing is caring. Yang penting original. Jangan copy paste dari blog orang lain. Itu plagiarisme bak kata poster kat depan dewan exam yang sejuk nak terkencing tu.
4. Kalau nak ubah design blog ni boleh. Dengan syarat mesti lagi lawa dari yang aku buat.
5. Bahasa rasmi ialah Bahasa Melayu (Pelbagai dialek), English, Bahasa Syurga, dan Bahasa Korea (Untuk Zazmizie sahaja). Bahasa rempit,bahasa eww, bahasa gedik amat dilaknat serta lebih keji dari bunyi oink oink babi comel kaler pink.
6. Aku tak tau nak tulis apa lagi. Saje nak bagi nampak banyak.
Tu jelah kot. Sekian.
Please jangan maki aku.Aku dah tunaikan janji. Video LWYV bakal menyusul.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
oh baby oink oink comel cantik sangat design blog ni. sukaaaaaa. muah muah.
Cantik ke?aku nak ubah baru la..
alaa, tk payah laa.dah cantik ni, nanti lagi sebulan tukar lah lain.
cantek gak..xpe..tgkatkn prestasi lg..haha
pergh, mendayu2 bahasa yang diguna pakai
ha3....ak sentiase suke cre naqi descrbe something 2...ha3..like it..xlpe gak korea ak 2..ha3...
ak try my best 2 contribute..hu3
2fx
ha3....ak sentiase suke cre naqi descrbe something 2...ha3..like it..xlpe gak korea ak 2..ha3...
ak try my best 2 contribute..hu3
2fx
Post a Comment