benih padi dimakan kedidi,
setelah kenyang maka terbanglah ia;
sungguh tebal rindu dihati,
diharap semua sihat hendaknya.

mari menampi di tepi kali,
hati-hati ditimpa timba;
Tuhan menguji tak akan berhenti,
sebagai hamba harus redha.


anak Ali dikejar babi
jatuh tersungkur tersepak alang;
bila masa akan ketemu lagi
namun jarak jadi penghalang.


mengail si teruna di tepi paya,
dicucuk duri bisa semilang;
harapanku agar semua berjaya,
membina masa depan yang gemilang.


kalau ada sumur diladang,
boleh hamba menumpang mandi, 
kalau ada umur yang panjang,
boleh kita berjumpa lagi !


sorry pantun hamba kurang sedap
lupa nak tambah bahan perasa,
tapi ini sahaja yang hamba mampu cerap,
terima saja seadanya.

kbai :P



Dalam masa satu tahun, segala perancangan masa depan yang tersusun rapi sejak tadika terpaksa diolah kembali bagi mengikut peredaran masa yang begitu pantas. Dalam masa satu tahun, aku mengharungi apa yang dikata sebagai proses pendewasaan diri. Tatkala, ibu bapa jauh di rumah mengharapkan kejayaan demi kejayaan anak tersayang. Namun dalam masa satu tahunlah aku hancurkan segala harapan.

Hari demi hari, bulan silih berganti. Kumis yang selalunya dicukur rapi,dibiar panjang serabai. Rambut yang dahulunya disisir rapi belah tepi hitam likat ibarat jalan tar (bak kata Arip Sobani) kini dibiar panjang ditiup angin bak iklan shampu. Dalam tempoh itu aku berfikir. Apa salah aku? Apa dosa aku? Apa yang aku lakukan sehinggakan tuhan tak makbulkan doa aku? Adakah kerana aku lalai dalam melaksanakan perintahnya? Ataupun memang atitud ak yang perlu diubah kerana aku masih jumud?Hari sudah berlalu. Bak kata orang “cuti sudah habis bro”. Penat aku memikirkan masa depan yang kian malap.

Tanggal 24/8. Hari penentu masa depan aku tiba.. Hari dimana aku harus tabah dan redha dengan segala ketentuanNya.  

I see you driving 'round town
With the girl I love and I'm like,
Fffuufufufuuu! (Facebook You by Cee Lo Green)

Nada dering telefonku berbunyi tepat jam 8.29 pagi. Saat dimana aku masih merembeskan sisa-sisa air liur basi  diatas bantalku.Rasa malas untuk bangun masih menebal dalam jiwa.Kepenatan qiamullail ( layan facebook) malam tadi masih terasa. Aku gagahkan kaki aku melangkah mencapai handphoneku.

“RM0.00: Universiti Teknologi PETRONAS admission result is now available for viewing. Kindly visit www.utp.edu.my to check on your status”

Hoyeah.Mata yang masih stim terbeliak luas. Laptop yang masih belum dishutdown aku capai. Jari jemariku pantas menaip alamat laman sesawang yang diberikan ibarat menyiapkan lab report chemistery yang perlu dihantar sebentar lagi. Jantung berdegup kencang ibarat kali pertama menonton pornografi. Internet bergerak perlahan. Mozilla Firefox yang sepatutnya pantas ibarat Internet Explorer memberi unsur-unsur saspen yang melampau.




 Alhamdulillah.Orgasme memuncak pada saat itu. Masa depan yang kabur kelihatan jelas. Resahku kian hilang. Akhirnya aku dapat menyambut Aidilfitri dengan tenang tahun ini. Bolehlah aku poyo apabila saudara terdekat bertanya “Jadi ke ambil Kursus Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)Sains Pengurusan Sumber Haiwan?” dengan jawapan “Aku budak engineering lah sekarang”. Semuanya aku persetankan. Dalam keseronokan memikirkan masa depan,aku berfikir sejenak. “ Trolling jenis apakah ini Ya Allah? Aku rosakkan keputusan foundation dengan Matematik, kau berikan pula aku kursus kejuruteraan.” 
 Manusia.Memang susah nak bersyukur.

to be continue...
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya." (Surah Al-Baqarah : 216)

Memandangkan blog ni dah menjadi blog sampah. Aku mencadangkan agar blog ni dibekukan. Bukan ada orang nak baca pun. Aku punyalah semangat kononnya boleh berkongsi apa yang difikirkan masing-masing..

Tulis panjang-panjang pun tak guna. Takde sape kisah. Kalau aku jadikan blog ni tempat download porno 3gp barulah ada yang kisah. Biasalah manusia. Sukakan kontroversi.

Apa-apa pun bersempena Aildilfitri ni aku nak memohon maaf kerana banyak mengutuk,memaki,mengeji,menghina,mencerca,mencarut,mengejek,merapu meraban.

Siallah.aku rasa takde siapa pun yang baca kalau aku tulis panjang-panjang.

Trimas



selamat hari raya aidilfitri sayangs ! ampun maaf dipinta !




Sedang syok bermain bola keranjang, tiba-tiba aku disapa oleh beberapa pemuda berbangsa cina:

"你是漂亮的篮球好".
Aku tersenyum. Tiada sebarang perkataan terpacul dari mulut kerana aku tahu ia pasti berhasil.

TERIMA KASIH GARNIER

p/s: tulisan mandarin tu hanya digoogle-translatekan. Jangan marah kalau tersalah grammar. Aku bukan insan sempurna.

Assalamualaikum.


Do you know karma and how it works? Mungkin setiap pagi bila kita buka mata saja, kita berharap sepuluh orang akan buat kita bahagia akan buat kita senyum dan ketawa padahal kita tak sedar yang kita sebenarnya melukakan hati seseorang setiap hari tanpa kita sedar. Kebaikan dan kebahagian itukah yang diharapkan?*muka sinis*


Jawapannya ialah sila bangun dari mimpi, buka mata pandang sekeliling. The karma will reflect on you based on what you have done.  Kalau sayang yang kita beri, sayanglah yang kita dapat, kalau kebencian, maka kebencian lah yang kita dapat, mungkin dari seorang, dan mungkin juga daripada sepuluh orang ! Now the karma is showing how it works!


Aku bukan di sini melihat, bukan untuk ketawa. Tapi untuk menolong kau untuk melihat.  Kau pernah berjanji, tapi dimana janji kau ?

Love comes from Allah, so where there’s love, there is Allah. Bagi aku, selagi mana Allah itu ada dalam hati aku, masih ada sayang. esok dan untuk apa siapa tahu ?


okay. bye !
 
 
 
 

ni first time aq tulis kat blog... mcmne nak main bnda ni????..... aq skang keje kat pam minyak .... tu je la .....

 
Copyright 2010 C4 Brotherhood